Saturday, July 12, 2014

DUNIA SEJAHTERA













bukanlah ujian semata-mata
soal hukum juga soal sejahtera
bukannya semua tak boleh tapi ada caranya
agar hidup dalam sentosa
kehidupan yang adil semua gembira

mungkin kau rasa leceh dan tak kena dengan jiwa
kerana cara barat itu nampak sangat istimewa
cuba kau fahami dahulu mengapa
di adakan hukum itu untuk manusia

kau bukalah mata lihat dunia
betapa celaru dan huru hara
kerana masing-masing fikirkan dirinya sahaja
siapa berkelebihan dunia dialah yang punya

jadilah penyumbang kepada dunia
dengan memilih islam kau jadikan dunia istimewa
membawa kebaikkan pada dirimu juga

kerana kau juga adalah istimewa

BUATAN MALAYSIA



















Ia memang ada beza
kerana usaha mereka sudah lama
lagipun mereka sudah ada nama
nama itu sahaja mahal harga
keupayaan mereka juga istimewa
tak hairan jika kita tertarik padanya
menjadikan kita juga istimewa
terkini, elegen, moden dan bergaya

kepuasan diri memang patut diambil kira
cuma jika boleh kau pertimbangkannya
barangan kita apa kurangnya
jika disokong ia boleh maju juga
bolehlah kita merasa bangga
dengan segala kemampuan yang kita ada
apa orang lain boleh kita boleh juga
begitulah cara menaikkan negara
agar faedahnya dapat dinikmati bersama

tidak perlu mengkagum yang luar selama-lama

TABIAT MEMBACA














mungkin salah satu cara mengisi masa
jika kena gaya boleh jadi sangat berguna
mungkin yang kau suka komik jenaka
mungkin juga gossip hiburan ataupun mangga
bukan nak larang apa yang kau suka
cuma nak berpesan suatu perkara
janganlah hanya bacaan begitu sahaja
cuba jugalah bacaan lebih bermakna
walaupun hanya suratkhabar berita

adalah penting kau membuka minda
sedari akan keadaan isu semasa
menambah pengetahuan, menjana minda
mengetahui keadaan sebenar cerita dunia

yang paling utama apa yang ada di dalam Al Quran yang mulia
membacanya amatlah memberi makna
sebagai cahaya hidup di dunia
memberi panduan hidup sejahtera
boleh juga menjadi penyembuh penyelamat nyawa
juga penghalang dari manusia durjana

juga penambah rezeki dan penenang jiwa

HASUTAN MINDA
















patut kau hati hati dengan apa yang datang dari luar negara
yang kebanyakkannya datang dari amerika
tak kira rancangan hiburan ataupun berita
seperti tak dapat lari kita dari mereka

patut kau tahu mereka ada agenda
mengaburi mata, mempromosi dunia mereka
dilihat hiburan tapi penuh propaganda
tanpa sedar telah mempengaruhi minda
yang benar terkabur, yang nampak betul sebenarnya dusta
membuat kau memilih jalan hidup mereka
kehidupan dunia jadi segala-galanya
sehingga kau tak peduli pada Agama
kerana kau rasa menyekat kepuasan maksima

harap kau sedar, jadi waras semula
untuk apa kau hadir ke dalam dunia
jika kau muda mungkin sukar kau memahaminya
ku harap engkau tak malu bertanya
cubalah ikuti panduan agama
kuatkan dirimu, memang ada dugaannya
memang kehendakmu setiasa akan meronta-ronta
tapi pilihlah jalan yang bersesuaian sahaja
kerana apa yang kau mahu itu ada caranya
agar kau tak terpesong dari Agama
semua ini bukan untuk kepentingan sesiapa

tapi percayalah, adalah untuk dirimu jua

CERITA CINTA















Apabila sudah baligh, hormon bergelora
terbit di hati rasa ingin bercinta
melihat si dia hati jadi gundah gelana
kau fikir cinta sangat memberi bahagia

cinta memang diperlukan oleh manusia
hidup berpasangan memang itu fitrahNya
tetapi bukan ketika kau masih muda
waktu itu sebenarnya kau belum bersedia
tak mampu kawal diri kau lebih mudah terpesona
atas nama cinta kau mungkin diperdaya

janganlah kau abaikan nasihat kami semua
percayalah kami memang ingin lihat kau bahagia
harap kau faham harga diri kau sebenarnya amatlah berharga
supaya tidak kau menempuh dunia sengsara

berbahagialah dahulu bersama keluarga
hidup ini indah jangan kau sia - sia
ikut hati mati, ikut rasa binasa
dengar nasihat gurumu itu lebih berguna
bukan menghalang , tak mahu kau rasa gembira
tetapi sekadar berharap dirimu terjaga
di zaman ini ada pelbagai cerita

jangan kau terjerumus jalan yang penuh dosa

PASANGAN BAHAGIA




















adalah menjadi resam fitrah manusia
ingin berpasangan apabila menginjak dewasa
merempuh kehidupan bersama- sama
ingin mendapat zuriat penambah bahagia

tetapi kini kisahnya banyak duka
diakibatkan oleh berbagai punca
sungguh tak sedap untuk di bicara
cuma kalau boleh diimbas semula
percintaanmu hebat dilihat istimewa
tapi sayangnya mungkin terpalit noda
atas nama cinta tapi nafsulah yang beraja
kau fikir tak mengapa kerana kau sangat bahagia
sayang kau tak sedar itu hanyalah keseronokan semata
kerana hakikatnya tunggak bahagia adalah Agama

izinkan aku berikan sedikit idea
perkataan awek dan boipren tak sesuai di guna
calon suami atau isteri, itu yang lebih kena
bagi yang berniat untuk bercinta
diijabkabulkan sahaja walaupun muda
jika dirasa belum bersedia
maka dinasihatkan agar disimpan sahaja rasa cinta yang ada
jika ada jodoh takkan kemana
di dalam kekuasaan Allah bertemu semula

soal wang hantaran patut ditimbang juga
Patutnya dihapuskan sahaja
Kerana ia sepatutnya belanja kenduri bukanlah harga wanita
Sepatutnya tak perlu dihebahkan biarlah rahsia
kerana soal perkahwinan bukanlah urusan niaga
yang dicari adalah teman hidup bukanlah hamba
Kenduri yang terbaik adalah yang paling sederhana

Biarlah kita mengikut cara Allah bukan takut dikata

RUPA KITA

















alangkah indahnya jika kau seperti artis antarabangsa
siapa melihat menjadi tergila-gila
hidup pasti penuh gembira
di dalam diri penuh rasa bangga

jangan begitu fikiran yang ada
itu tak tepat, semua orang berhak bahagia
rupa yang hebat bukan jaminan segalanya
masih mampu buat hidup jadi huru hara

harus diingat menjadi hebat ada bahayanya
menjadikanmu jauh dari agama
ramai sungguh sedemikian rupa
merasa terlau bangga dengan kelebihan yang ada
sehingga terlupa kepada pencipta
padahal itu adalah anugerah dariNya
sehinggalah tercampak mereka ke dalam neraka
barulah penyesalan menjelma tiba
tidak berbaloi apa yang dikecapi di dunia
hanya sekadar tipu daya dunia
diakhirat kehidupan sebenar mereka penuh sengsara

ku sebut sekarang kau mungkin tak rasa apa apa
bila tiba masanya kau akan bersyukur kau hanya orang biasa
kerana segala kekurangan itu tak pernah sia sia
akan dibalas dengan kelebihan berganda ganda
jangan terlau dirungut kau jalanilah sahaja
bukanlah terlau teruk, kau mampu tempuhinya

jangan salah faham, tidak salah jika ingin bergaya
tambah tambahan dirimu itu masih muda
cuma kena pandai memilih cara
halal atau haram kau perlu tahu beza

barulah hidup dalam sentosa