Friday, November 14, 2014

Akhirnya Kita Ke mana ?

dunia menuggu masa menutup cerita
kisah panjang setiap manusia
mengenang memori membuka nostalgia
melihat keliling menikmati dunia
ketamadunan, pembangunan memukau memmpersona
prlukah diangkat darjat dunia
menyebab ramai tertutup jiwa
siang  bermimpi malam terjaga
memandu dijalan menmpuh bahaya
mengerah keringat menyara keluarga
mengumpat mengeji jadi budaya

PALESTIN

wahai saudara
kau perlu ingati suatu perkara
tentang kisah sekumpulan manusia
yang ditindas dan disiksa
oleh regim yang berkuasa

atas dasar mereka menguasai media
pihak barat telah ditipu daya
orang palestin yang memberhaya
pembuat onar dan huru hara

inilah kisah dunia sebenarnya
ia hanya antara dua
islam dan syaitan durjana
pejuang syaitan telah menguasai barat dan amerika
barat dan amerika pula mempengaruhi dunia
ikut mereka kamu terpedaya
ikut islam kamu berjaya


ini petunjuk kepada kita juga
mengapa lemah dan tidak berdaya
mungkin sebab semuanya sudah alpa
lebih sibuk memperbanyak harta

berilah bantuan setakat mana ada
bantu membantu sesama saudara
jangan berhenti sentiasa berusaha
kuat menguat sesama kita
jangan bertengkar, jangan bersengkata
bersatu hati hidup bersama-sama
moga menjadi golongan berjaya

KEPADA YANG PADAN

Bagaimana dapat aku mendetik rasa
bahawa hakikat hidup manusia didunia
adalah untuk mengabdi diri pada yang maha kuasa
uhh! arah kau salah , minda dan jiwa
iman kau telah tiada
berhenti bergerak laju, cari ia semula
semat kemas didalam dada
bagaikan bateri untuk kau bernyawa
oh tuhan, bantulah dia
mungkin silap pada ibu bapa
sinarkan harapan dalam sisa hidupnya
tulisan ini yang dibaca
menjadi tembakan ke dalam dada
terkujur jiwa yang dusta
bangkit semula sebagai orang berbeza
dengan iman melihat dunia
mula langkah satu dua tiga
tak kering dengan pahala

aktiviti remaja

dengan motosikal engkau meronda
diangkut lelaki kemana sahaja
merewang keliling kampung atau kota
melepak dan bersuka ria

kenapakah ini jadi budaya?
siapa sudi boleh cerita
bagaimana boleh diubah cara
agar tidak melanggar nilai agama.

kenapakah agama terpinggir dikalangan remaja?
mungkin dirasakan agama terlalu ketat mereka tidak boleh bergembira
tentu bosan kalau di rumah sahaja
apakah yang memperdayakanmu anak muda?
agama mengiktiraf zaman remaja zaman gila-gila
tetapi tidaklah boleh main hentam sahaja
itu sudah lari dari ciri manusia

mungkin patut dinilai semula
mungkin ada kekurangan dari pihak kami semua
mungkin tidak cukup prihatin dan berusaha
mungkin tidak cukup memahami kehendak remaja
mungkin tidak cukup menyedia apa yang kau pinta
mungkin hanya menghentam sesedap rasa
kami minta maaf jika begitu keadaanya

tetapi kami amat berharap engkau dapat berjasa
bantulah kami, kita sama sama
memperbaiki keadaan , sinarkan kembali agama
tinggalkanlah yang salah dan yang lara
beraktivitilah dengan cara yang kena
apa yang kau rasa perlu kau mintalah sahaja
apa yang mampu kami akan menyedia

BICARA BISA

Dosa yang terbiasa
kerana pulut santan binasa
dari kerana hati yang tak terjaga
sehingga ia seakan budaya
masyarakat memang hidup dengannya
perlu kepada pembudayaan semula
perlu bantuan dari semua
perlu didikan dari awal usia
ketahui apa itu sifat mengata
sehingga sedar tertip cara
sehingga semulajadi rasa tak selesa
untuk menyebut kelemahan manusia
yang tuan punya badan rasa tak suka
kerana itu penyebab neraka
dan banyak sekali yang akan terkena
terutama kaum wanita

perubahan memang sukar dilaksana
tetapi jika ada usaha nescaya akan diambil kira
sedikit atau perlahan tidak mengapa
moga terselamat kelak disana

banyak cakap ada bahaya
tetapi digalak untuk pandai berbicara
melontar fikiran dan idea
sepertimana pencemarah wanita
ada keyakinan, ada karisma
lancar percakapan petah berbicara
tidak sampai terlajak kata
menimbulkan musuh disini sana

boleh minta pandangan mereka
bersembang dan cakap cakap juga
tetapi tidak sampai berbuat dosa
sebaliknya menjadi ibadah pula
berada dalam ertikata sebenar bahagia.

HARGA BERAPA

tanya dirimu berapa harga
kau menyenagkan atau menyusahkan manusia
kenapa buat sesuatu orang tak suka
kenapa kau tak jadi orang berjasa
kau hebat dari segi apa

paling kuat dikalangan semua
paling bijak , paling lawa
itu disisi manusia
disisi tuhan bagaimana ?
kenalkah kau kepada yang paling berkuasa
segala galanya mampu dijadikannya
apakah kau rasa lebih berkuasa
tidak perlu kepadaNya
kau bukannya apa-apa
sikit sakit kau dah terasa
masih nak mendabik dada
pasti kau akan sengsara
nantikan masanya pasti akan tiba.