Friday, November 14, 2014

PALESTIN

wahai saudara
kau perlu ingati suatu perkara
tentang kisah sekumpulan manusia
yang ditindas dan disiksa
oleh regim yang berkuasa

atas dasar mereka menguasai media
pihak barat telah ditipu daya
orang palestin yang memberhaya
pembuat onar dan huru hara

inilah kisah dunia sebenarnya
ia hanya antara dua
islam dan syaitan durjana
pejuang syaitan telah menguasai barat dan amerika
barat dan amerika pula mempengaruhi dunia
ikut mereka kamu terpedaya
ikut islam kamu berjaya


ini petunjuk kepada kita juga
mengapa lemah dan tidak berdaya
mungkin sebab semuanya sudah alpa
lebih sibuk memperbanyak harta

berilah bantuan setakat mana ada
bantu membantu sesama saudara
jangan berhenti sentiasa berusaha
kuat menguat sesama kita
jangan bertengkar, jangan bersengkata
bersatu hati hidup bersama-sama
moga menjadi golongan berjaya

No comments:

Post a Comment