Friday, November 14, 2014

DUIT SAUDARA

kalau boleh cubalah engkau berkira
kemanakah pergi duit yang engkau guna
adakah kepada orang asing atau sesama saudara
aku tak pasti kerana bahagian mana
engkau memilih untuk berpendapat berbeza
mungkin kerana sudah terbiasa
atau memang engkau tak peduli yang penting dirimu sahaja

ini menjadi punca mengapa Islam tak dapat di sempurna
masih tak jumpa titik temunya
Agama yang sama pendirian berbeza

cubalah engkau nilaikan semula
bukankah usaha ini mampu memberi makna
kesannya besar jika keseluruhan diambil kira
kalau boleh ingin ku paksa sahaja
tetapi tak mampu kerana perlu kesedaranya

ku minta tolong kepada umat islam semua
jadilah insan bijak berbelanja
bantulah saudaramu bukannya kuasa yang dah kaya
silap2 duit diguna untuk menghentm kita semula

No comments:

Post a Comment