Friday, November 14, 2014

aktiviti remaja

dengan motosikal engkau meronda
diangkut lelaki kemana sahaja
merewang keliling kampung atau kota
melepak dan bersuka ria

kenapakah ini jadi budaya?
siapa sudi boleh cerita
bagaimana boleh diubah cara
agar tidak melanggar nilai agama.

kenapakah agama terpinggir dikalangan remaja?
mungkin dirasakan agama terlalu ketat mereka tidak boleh bergembira
tentu bosan kalau di rumah sahaja
apakah yang memperdayakanmu anak muda?
agama mengiktiraf zaman remaja zaman gila-gila
tetapi tidaklah boleh main hentam sahaja
itu sudah lari dari ciri manusia

mungkin patut dinilai semula
mungkin ada kekurangan dari pihak kami semua
mungkin tidak cukup prihatin dan berusaha
mungkin tidak cukup memahami kehendak remaja
mungkin tidak cukup menyedia apa yang kau pinta
mungkin hanya menghentam sesedap rasa
kami minta maaf jika begitu keadaanya

tetapi kami amat berharap engkau dapat berjasa
bantulah kami, kita sama sama
memperbaiki keadaan , sinarkan kembali agama
tinggalkanlah yang salah dan yang lara
beraktivitilah dengan cara yang kena
apa yang kau rasa perlu kau mintalah sahaja
apa yang mampu kami akan menyedia

No comments:

Post a Comment