Dosa yang terbiasa
kerana pulut santan binasa
dari kerana hati yang tak terjaga
sehingga ia seakan budaya
masyarakat memang hidup dengannya
perlu kepada pembudayaan semula
perlu bantuan dari semua
perlu didikan dari awal usia
ketahui apa itu sifat mengata
sehingga sedar tertip cara
sehingga semulajadi rasa tak selesa
untuk menyebut kelemahan manusia
yang tuan punya badan rasa tak suka
kerana itu penyebab neraka
dan banyak sekali yang akan terkena
terutama kaum wanita
perubahan memang sukar dilaksana
tetapi jika ada usaha nescaya akan diambil kira
sedikit atau perlahan tidak mengapa
moga terselamat kelak disana
banyak cakap ada bahaya
tetapi digalak untuk pandai berbicara
melontar fikiran dan idea
sepertimana pencemarah wanita
ada keyakinan, ada karisma
lancar percakapan petah berbicara
tidak sampai terlajak kata
menimbulkan musuh disini sana
boleh minta pandangan mereka
bersembang dan cakap cakap juga
tetapi tidak sampai berbuat dosa
sebaliknya menjadi ibadah pula
berada dalam ertikata sebenar bahagia.
No comments:
Post a Comment