rajin-rajin belajar agar berjaya
berhabis duit itu tidak mengapa
engkau mahukan yang terbaik sejak tabika
peperiksaan diangkat menjadi sangat utama
jika mendapat semua A barulah boleh dibangga
tercicir satu sahaja mereka akan merasa sangat kecewa
padahal ianya tak memberi kesan apa-apa
apapun keputusan dia adalah orang sama
bilangan berapa yang cemerlang begitu diambil kira
selalunya meningkat kita kata kita berjaya
sehingga universiti yang ada tak mampu menampung semua
tapi ceritanya masih sama
bagus dari segi akademik tapi akhlak tak terjaga
walaupun kita berjaya menjadikan mereka cemerlang bekerjaya
namun jumlah hutang pinjaman
makin lama makin berganda
tahukah engkau apakah kepandaian yang paling utama
adalah memahami soal kebenaran sedalam-dalamnya
jadi yang bodoh itu apakah pula
dengan yakin menempah binasa
ku mohon kepada semua guru atau ibu bapa
ubah persepsimu berkenaan bijaksana
nasihatlah pelajar atau anakmu semua
tuntutlah ilmu dengan iman di jiwa
agar kamu menjadi insan bertaqwa
moga mampu mengangkat martabat Agama
beroleh keredhaan Di sisi Allah S.W.T
jika boleh ingin kuberi sedikit idea
patut ditetapkan kepandaian dengan tahap pengetahuan Agama
bermula UPSR, perlu kita tetapkan pengetahuan Agamanya
setakat mana
begitulah seterusnya PMR, SPM dan Diploma
Moga yang dikata bijaksana itu juga boleh digelar Ulama