perlu di sempurna semasa di dunia
tapi mengapa engkau tak tunaikannya
apakah sebenarnya yang bermain di dalam kepala
lebih khusus soal solat yang ingin ku bicara
tak perlu ku sebut kau sudah tahu ia tiang Agama
tapi masih kau ambil sikap sambil lewa
apakah terputus terus hubunganmu dengan yang Esa
bagaimanakah kau mampu peroleh semua
tak mahukah kau berterima kasih padaNya
bukankah kita ini lemah sentiasa perlu meminta
apakah bila susah sahaja baru engkau luangkan masa
tunaikan solat dan hiduplah bersama denganNya
yang menunai janganlah cepat lega
kerna solat kita takkan sempurna
perbaikinya dari masa ke semasa
yang mana tertinggal qada'lah ia
kerana ia mungkin akan menjadi punca
terhalang kita dari menjejak syurga
dianggap masih berhutang kepada yang Esa
tidak cukup Islam kerana rukun tidak sempurna
No comments:
Post a Comment