mendapat kekaguman dikalangan manusia
mungkin kerna kau cantik,kuat atau kaya
menjadikanmu megah mendabik dada
kerana kau rasa berada pada kelas berbeza
ibarat dunia engkau yang punya
maaf dengan apa ingin ku kata
dengan kelebihan itu belum tentu engkau istimewa
hiduplah engkau didalam tipu daya
hati mati mata pun buta
bukan aku membencimu atau ingin menghina
tetapi inilah hakikat keadaannya
yang menjadi resam dunia
kerana kita telah dipengaruhi individulisma dan materialisma
harap kita semua sedar didalam kelebihan ada racunnya
menjadikan kita lalai dan juga alpa
terhadap kehidupan sebenar di dunia
hanya keseronokkan lebih utama
aku menyeru engkau membuat timbang tara
apakah keutamaan yang sebenar benarnya
kerana segala kelebihan adalah milikNya
maka bersyukurlah engkau kepada pencipta
sedang ini kau ingkar menjadi pendusta
insaflah, kerana masih ada masa
rendahkanlah dirimu di kalangan manusia
tidak akan menjejas nilai yang ada
moga hidup beroleh bahagia
bukan sahaja di dunia, di akhirat juga
No comments:
Post a Comment