Benar kamu hebat dengan
kerana kamu memang ada rupa
dedahkan tubuhmu sebagai cara
agar tak lepas dari pandangan mata
sungguh dunia penuh tipu daya
menjadikan kita jadi berbeza
benar engkau nampak hebat, kami hanya nampak biasa
dunia seakan milikmu, apa lagi boleh dikata
hampir saja kami tiada upaya
kerana dunia memang lebih mempesona
Sesungguhnya yang mampu hanya tuhan sahaja
melalui limpah kurnia kasih sayangNya
lalu hidayah sampai pada waktu tak dijangka
sipolan itupun berubah, sungguh tak sangka
sungguh dia masih indah dipandang mata
walaupun hijab menutupi kepala
dengan harapan kami terus akan berdoa
akan ada lagi mendapat kurnia
kerana telah jelas kepada semua
No comments:
Post a Comment