memang tak mampu nak pilih, itulah keadaannya
memang merekalah ibu dan bapa
memang merekalah juga adik beradik atau saudara
jadi jenis bagaimanakah keluarga yang kau ada
adakah rumahmu sempit rasa tak selesa
ataupun rumahmu luas tapi ibu bapa sibuk bekerja
bagaimanakah pula keadaanmu di dalam keluarga
adakah engkau merasa sangat bahagia
atau tertekan memberontak jiwa
kehidupan ini memang ada pelbagai cerita
tak dapat nak lari dari cerita derita
jika keluargamu hidup tidak berlandaskan agama
nescaya kamu akan merempuh satu bahaya
kerana kau harus tahu satu perkara
agama itu amat penting penyuluh cahaya
kepada kehidupan yang lebih bermakna
rapati gurumu moga kau dapat nasihat berguna
bagaimana suasana tempat tinggalmu pula
memang susah
melihatkan suasana Agama
ku harap engkau sudi untuk mencuba
membawa diri dengan cara mulia
lihat keliling mungkin kau jumpa
mereka yang masih membawa nilai Agama
orang seperti itulah kau patut bersama
moga dapat panduan dan kekuatan untuk hidup bahagia
No comments:
Post a Comment