Friday, May 30, 2014

YANG UTAMA
















jika kau mampu curilah sedikit masa
renung sejenak selam ke dalam jiwa
apa kau benar mahu menjadi hamba dunia
kerana bagimu masih ada masa
mencari bekal agar berguna

bukanlah sangat berat segala tuntutanNya
sekadar berbuat sesuatu yang matlamatnya sejahtera
kerana setiap suruhan dan larangan bukanlah saja-saja
demi kebaikan semua manusia di dunia
apakah egomu terlalu utama
untuk menjadi lebih hebat dari yang lain-lainnya
kerana apa yang ingin di pinta hanyalah dua
sebagai mula tutup auratmu dan solat dijaga

diwaktu tidurmu nanti sebelum terlena
renung hubunganmu dengan dirinya
apakah kau dekat atau menjauhinya
demi keseronokan dihidang dunia
walaupun kau sedar itu sementara
kerana hakikat Dialah paling utama

maka dengan itu sebelum tidurmu kuharap kau berdoa
mohon diampunkan segala dosa
tanamkan tekad di dalam dada
jika esok masih ada kau akan jadi orang berbeza
ku yakin keampunan sentiasa dikurnia

di dalam ketenangan kau lelapkanlah mata

No comments:

Post a Comment