tapi di hati ada getar rasa
kerana jasamu tidaklah terkira
juga kasihmu seisi dunia
namun sayang ada yang lupa
mengabaikanmu memilih dunia
sedang dirimu teramat mulia
mengingati umatmu tak pernah lupa
tanda cinta buat selamanya
kami sedar engkau amat terasa
kerana ada umatmu akan ke neraka
lalu engkau sujud begitu lama
dihadapan tuhan yang maha Esa
mohon dikeluarkan umatmu yang sedang diseksa
Engkau cuba
dan terus mencuba
mengeluarkan mereka yang didunia dahulu mereka alpa
kenapa , kenapa dan kenapa
mereka ini sanggup mengenepikanmu memilih binasa
sedangkan dirimu sungguh mulia
bersusah payah agar mereka sejahtera
kepada yang sedar balaslah cinta
carilah baginda di sebalik kisah hidup dan hadisnya
lalu menurut sunnah-sunnah yang mulia
selawat dan salam diucap sentiasa
moga-moga dapat bahagia bersama
No comments:
Post a Comment