engkau masih belum dewasa
hati remaja masih gila gila
keadaan boleh membawamu ke dunia gelita
apabila hari harimu seperti tiada makna
engkau mula mencari ke sini sana
akhirnya engkau ikutkan sahaja
siapa yang engkau kenal tak kira siapa
asalkan dapat mengisi masa
cerita sedih bakal bermula
orang yang engkau anggap kawan, manusia tak guna
hanya mengajakmu ke arah binasa
menjadikanmu mangsa walaupun di hatimu kau tak rela
menurunkan nilaimu menjadi hina
diciptamu oleh tuhan dengan sungguh sempurna
dicintai engkau tak kira masa
sentiasa penuh limpah kurnia
agar berbahagia hidupmu sentiasa
di dunia dan akhirat juga
di ciptakan lelaki sebagai penjaga dunia
di ciptakan wanita sebagai penyeri dunia
jika hari-harimu seperti tiada makna
carilah minat untuk mengisi masa
jangan di serah dirimu yang berharga
jangan kau gelapkan hidupmu yang penuh makna
hidup ini penuh keindahan, jangan kau putus asa
rapati orang yang betul kau akan tahu cara
No comments:
Post a Comment